Pages - Menu

FAQ jaundis bayi baru lahir Part 2


Dah baca kan,entry part 1 pasal jaundis,jom baca part 2 pulak.


Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?
Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
  • Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  • Peningkatan kekuningan yang cepat.
  • Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.
  • Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
  • Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
  • Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.
Apakah yang doktor akan lakukan?
Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.
Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?
Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:
  • Gangguan pendengaran di mana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
  • Kerosakan otak yang teruk (kernicterus).
Oleh itu, intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.
Apakah rawatan yang diberikan?
Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:
Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirectbilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.


Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus-menerus kerana ini membahayakan bayi anda.
Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.
  • Rawatan foto
  • Pertukaran darah
Pencegahan jaundis
Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk mendapat jaundis yang teruk.

Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.
Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?
Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut di klinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran.

Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.
Apendiks
Senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh penghidap defisiensi G6PD:
  • Makanan : kacang parang
  • Herba cina yang tertentu
  • Ubat-ubatan (rujuk doktor untuk senarai yang lengkap)
    • Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidiixic acid
  • Bahan kimia
    • Ubat gegat (jangan gunakan pada pakaian)


p/s : artikel ini diekstrak dari sumber KKM.

**Anda nak tahu cara saya dan kawan2 saya atasi jaundis denagn cara kami tersendiri? kalau nk tahu,kenelah contact I di 013-7098352..kita cerita panjang2 pasal jaundis...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...