Hampir setiap kali kawan2 saya bersalin,anak2 mereka akan mengalami jaundis.perbagai cara dilakukan untuk mengelakkan bacaan jaundis bayi tidak melambung naik.kalau bacaan bilirubin tinggi,bayi akan dimasukkan wad.pengalaman saya sendiri,kedua-dua anak lelaki saya memang jaundis.Alhamdulillah,jaundis mereka masih terkawal jadi,tidaklah sehingga perlu di masukkan ke hospital.. Entry kali ni nak cerita pasal masalah jaundsi dgn lebih mendalam.entry ni dinahagikan kepada 2 bahagian sebab panjang sangat..
Apa itu jaundis?
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.
Apa itu bilirubin?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.
Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?
Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.
Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?
Beberapa jenis jaundis sering terjadi kepada bayi dan tidak berbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.
Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:
- Fisiologi jaundis
- Patologi jaundis
- Ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyaiRhesus negative atau kumpulan darah 'O').
- Defisiensi G6PD pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.
- Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.
Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?
Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
- Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.
- Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.
- Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.
Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?
Bayi anda mungkin sihat jika :
- Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
- Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
- Bayi anda sihat dan aktif.
Walau bagaimanapun, sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.
p/s : bersambung esok..nantikan part 2,ok..
p/s : bersambung esok..nantikan part 2,ok..