Pages - Menu

Amalan murah rezeki

Dalam kesibukan harian kita,kadang2 kita lalai untuk berdoa..lepas solat,doa laju2 sebab banyak lagi urusan kerja yang harus diselesaikan.itu hal kat tempat kerja,lain pula hal kat rumah..anak2 dah melalak lah,sejadah dah berlipatlah,yang merangkak ke bilik air lah....nak beramal tapi hati tak tenang,kan..itulah lumrah ibu2 zaman sekarang..yang tak kuat imannya akan kecundang dalam perjuangan..perjuangan mencari redha Ilahi..

Nak menjemput rezeki dari ALLAH bukan payah pon..lagi payah wat kek/kuih rasanya..nak sukat,nak adun,nak bakar,nak hias lagi,nak bungkus cantik2..saya mmg surrender bab2 wat kuih muih nih...hihihi

Hari ni nak share amalan murah rezeki yang diredhai ALLAH...antara amalan yang akan saya sebutkan memang menjadi amalan sesetengah insan yang saya kenali dan mereka memang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. 

Antara amalan yang memurahkan rezeki ialah :

1- Solat berjemaaah bagi kaum lelaki.-  walaupun sekadar satu waktu sehari,berjemaah di surau untuk menunaikan fardu kifayah.Buat secara konsisyen agar amalan nisebati denagn diri kita.Semua orang tahu fadhilat solat berjemaah,kan...bagi kaum wanita pula,jika kita menggalakkan a.k.a menyuruh suami utk pergi solat berjemaah,kita akan dapat pahala sama macam suami kita dapat tau..banyak tuuuuu..


2- Solat sunat Dhuha - lakukan ia secara konsisten.biarlah hanya sekadar 2 rakaat sehari,,janji kita buat hari2..adjust lah timing waktu bekerja agar dapat tunaikan solat sunat yang besar fadhilat nya..cuba lah solat sunat Dhuha..gerenti puas hati tau..cara untuk melaksanakanny akan saya kongsikan di entry lain..Insya-ALLAH

3- Bacalah Surah Sod,Ayat 54 - pendek je ayat ni..hafal dan bacalah ia 133 kali selepas solat subuh...saya baca je bila2 masa saya mulut saya free..contoh,waktu drive.Bacalah ia dengan makhraj dan tajwid yang betul sebab ini kan ayat Al-Quran Nul Karim

Maksudnya : Sesungguhnya inilah rezeki Kami kepada kamu yang tidak habis-habisnya.


4- Baca zikir YA Wahhab - bacalah ia sentiasa..biar ia sentiasa meniti di bibir kita.lebih baik kita berzikir daripada berdiam dan menyanyi lagu2 tu,pahala dapat,rezeki pon dapat.


5- Bersedekah setiap hari - kasi makan sama kucing pon dikira sedekah tau ! bersedekahlah  sedikit tapi dillakukan secara istiqamah.percayalah ia akan mengundang rezeki yang lebih besar.contoh sedekah,kalau ada baki duit dari pekedai,tak payah lah amek..biasanya orang cakap "keep the change" ...hehehe..kali ni tukar ayat " takpelah Mak Nab,kira sedekahlah" ..kan lebih manis dan lebih keislaman...chewahhh....
takpun,kalau rasa2 segan nak buat macam tu,masuk je duit kat mana2 tabung yang ada kat pasar raya..kat kedai2 runcit pon dah ada skrg ni..tabung surau lah,tabung rumah anak yatim lah,tabung rumah orang tu la...macam2 ada..asal nampak ada tabung je,masuk je duit..alaaa..seposen 2 pon sedekah jugak,kan...tapi,sampai hati ke masukkan seposen 2? hihihihi..takpe,takder orang tahu..hanya ALLAH yang tahu.



Amalan-amalan yang saya senaraikan adalah hanya sebahagian kecil sahaja..ada banyak lagi amalan yang mengundang rezeki ALLAH..pilih je mana2 yang sesuai utk kita amalkan.biasakan diri,memula memanglah culas,bila dah biasa..Insya-ALLAH..takkan habis rezeki yang ALLAH curahkan utk kita.


ingatlah juga bahawa rezeki ALLAH itu dalam pelbagai bentuk...jika gaji kita tak banyak,tenung lah wajah anak2 yang dianugerahkan kepada kita..Anak juga adalah rezeki ALLAH..jika hari ni kereta rosak,banyak duit nk guna,tengoklah diri sendiri yang masih segar bugar,sihat walafiat..kesihatan juga adalah rezeki ALLAH..jika kita alami  musibah,tapi masih mampu ketawa dan masih mampu menjalani kehidupan,kebahagian juga adalah rezeki dari ALLAH..


Ucapkanlah ALHAMDULILLAH walau apa jua keadaan kita.sesungguhnya rezeki ALLAH telah melimpah ruah..


Sesiapa yang nak tambah rezeki pendapatan keluarga boleh contact saya...kita buat dari rumah je,puan2..

♥ Fb : Aishah Ahmad
♥ Shaklee ID : 837648
♥ Emel : aishahmad84@yahoo.com /
adamayub84@gmail.com
♥ SMS/whatsapp : 013-7098352
♥ Free consultation for every purchase




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...