Entry istimewa khas saya pinkan di page supaya mudah anda dapat input tentang sawan tarik.Sila baca dengan gembira!
APA ITU DEMAM SAWAN
Secara definisinya ialah
sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di
dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Ia juga dikenali sebagai
sawan tarik yang mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam
tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula. Kanak-kanak yang
pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa
kelak. Namun, sawan ini akan hilang dengan peningkatan usia berikutan
sawan demam tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam
boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan
oksigen ke otak jika dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30
minit).
Ciri-ciri
Sawan adalah keadaan di
mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh
kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan, mulut berbuih, mata hitam
akan memandang ke atas dan pada tahap tertentu boleh termuntah,
terkencing atau terbuang air besar.lebih teruk lagi,muka bertukar kebiru-biruan.sangat menakutkan seriusly!
Punca
Ia
selalunya berpunca daripada sebarang penyakit bersama demam yang tinggi
seperti batuk, selsema, jangkitan bahagian atas salur pernafasan,
jangkitan telinga (penyakit otitis media) atau jangkitan kuman virus.
Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada
jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan ini bukan penyakit keturunan.
Namun ada segelintir mengalami sawan tarik kerana mempunyai anggota
keluarga yang mengalami sawan tarik.
Rawatan Lanjut
Untuk mendapat pemeriksaan lanjutan bagi memastikan bahawa anak anda
tidak menghidap meningitis atau jangkitan selaput otak. Ini adalah
kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk meningitis dan perlu
diingatkan ia boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak,
tubuh dan lumpuh.See? Bawak maut! thats why lah sy sangat2 ingin membantu anda elakkan sawan tarik ni.nk ulas skit pasal meningitis ni,kan.mungkin ramai yg tak tahu.nk diagnose meningitis ni perlukan air tulang belakang ( Cerebrospinal Fluid).kami biasa panggil CSF.
TINDAKAN ANDA BILA BERLAKU DEMAM SAWAN
Elakkan sawan berlaku Lap badan dengan kain basah yang menggnunakan air
paip untuk menurunkan suhu badannya yang panas itu. Juga beri anak
minum ubat secara konsisten seperti sirap paracetamol mengikut sukatan
yang betul. Boleh juga memberi satu suppository voren 12.5mg (anak
kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan
demam mengikut nasihat doktor. Juga pakaikan pakaian yang nipis dan
awasi selalu anak jika ia tidur di dalam buaian (udara panas terperap
ketika di dalamnya). Pastikan bilik tidak terlalu panas dan sentiasa
monitor suhu badan anak walaupun anda terpaksa berjaga malam!-----> ini apa yg sy lakukan sebelum ini.tapi,selepas lakukan sedikit try and adjust,saya jumpa cara yg lebih hebat tanpa segala macam ubat-ubatan ni.
Ketika Sawan
Jangan Panik! Tetapi bertindak pantas! Ingat jangan biarkan sawan ini
berlaku lebih daripada 1 atau 3 minit sehingga 5 minit. Pantas baringkan
anak anda mengiring ke kiri. Ia untuk mengelak muntah atau lendir masuk
ke dalam paru-paru. Segera melonggarkan segala pakaiannya. Ada juga
pendapat mengatakan langkah pertama segera masuk bilik air dan basahkan
seluruh badannya untuk menurunkan suhu badan yang mendadak tinggi dan
apabila anak kecil sudah sedar dari kejang dan mula menangis, segera lap
badannya (berdoalah ketika ini pada tuhan supaya anak anda selamat).---->> cemasnya!
Jangan
beri minum air atau ubat ketika anak sawan. Juga jangan ambil sudu atau
bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh
menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan
tercekik objek asing sekiranya patah. Jangan cuba sedarkan anak anda
dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.Usah cuba mengawal
pergerakan anak sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot
atau tulangnya. Pada masa yang sama cuba lihat jam pukul berapa ia
berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu
berapa lama sawan itu berlaku. Kemudian segera bawa ke klinik untuk
pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau
lain-lain penyakit untuk mencari dan merawat penyebab demam.
Harapan saya dengan sedikit artikel dr Majalah PaMa ni,dapat memberikan satu gambaran/idea utk anda lebih berwaspada jika anak anda sedang tidak sihat.
**************************************************************************
Kepakaran saya ialah membantu ibu2 yg selalu risau,takut dan stress bila anak demam,selsema atau batuk yg bole sebabkan sawan tarik atau terencat otak atau kematian tanpa ubat-ubatan berbahaya.
Nak tahu lanjut,jangan tanya saya,Aishah 013-709 8352