Pages - Menu

Antibiotik - Perlu atau Tidak? Part 1

    Musim panas dan sejuk yang silih berganting menyebabkan ramai mengalami demam,selsema dan batuk dan sakit tekak,kan.saya sekeluarga tak terkecuali....Demam selsema berpunca daripada virus yang memasuki badan kita melalui salur pernafasan.manakala batuk dan sakit tekak pula disebablan oleh bakteria.bakteria dan virus adalah mikroorganisma yang berlainan tau!
  Enrty kali ni khas nak cerita pasal bakteria dan cara utk bunuh bakteria yang menjangkiti kita.Entry Part 2 pula kan berceerita dengan lebih dalam mengenai antibiotik - pembunuh bakteria


Apakah Bakteria?
Bakteria adalah organisme yang terdiri daripada satu sel sahaja, tetapi ia mampu menggandakan dirinya dengan banyak. Bentuk bakteria adalah berbeza-beza. dan ianya boleh wujud di mana-mana sahaja, sama ada di dalam atau luar tubuh kita. Kebanyakan bakteria adalah tidak berbahaya dan sebahagian daripadanya sangat berguna untuk tubuh kita. Namun begitu, ada sesetengah bakteria boleh menyebabkan penyakit, sama ada kerana mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya dalam tubuh kita atau bakteria itu sememangnya merbahaya dan boleh mendatangkan penyakit.
alt






Apakah Antibiotik ?
Antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.
Antibiotik TIDAK BERKESAN terhadap jangkitan virus seperti demam biasa, selesema dan bronkitis akut iaitu sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru.
Penggunaan antibiotik secara tidak tepat atau berlebihan akan menyebabkan kerintangan antibiotik.
alt
Apakah Kerintangan Antibiotik?
Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan untuk membunuh bakteria. Oleh itu antibiotik tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan bakteria. Kerintangan terhadap antibiotik terjadi apabila bakteria mengubah dirinya sebagai cara untuk mengurangkan atau menghapuskan keberkesanan antibiotik.
Kerintangan antibiotik adalah disebabkan oleh penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak tepat contohnya merawat jangkitan yang disebabkan oleh virus dengan antibiotik dalam kebanyakkan jangkitan bahagian atas salur pernafasan seperti sakit tekak dan batuk biasa.
Mencegah Kerintangan Antibiotik Sekarang!
Sebagai seorang pesakit, anda disyorkan untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi mengenai penggunaan antibiotik yang sesuai. Berikut merupakan beberapa panduan asas yang dapat membantu anda dalam menghalang penyebaran kerintangan antibiotik:
  1. Menggunakan antibiotik atau memberi antibiotik kepada anak anda, apabila dipreskrib oleh doktor SAHAJA.
  2. Habiskan semua antibiotik dalam tempoh yang ditetapkan walaupun anda berasa telah sihat. Tidak menghabiskan antibiotik yang seperti yang diarahkan oleh doktor akan menyumbang kepada kerintangan antibiotik. Sekiranya anda tidak melengkapkan rawatan seperti yang disyorkan, kecenderungan berlakunya kerintangan antibiotik adalah tinggi disamping risiko berlakunya jangkitan-semula.
  3. Jangan simpan antibiotik yang tidak habis digunakan untuk tujuan merawat penyakit yang sama pada masa akan datang. Sekiranya masih terdapat lagi baki antibiotik, pastikan ianya dibuang.
  4. Jangan sekali-kali mengambil antibiotik yang dipreskrib untuk orang lain. Jangan berkongsi antibiotik atau menggunakan baki antibiotik sebelumnya. Ini kerana antibiotik ada banyak jenis, dan hanya doktor yang boleh menentukan antibiotik yang sesuai untuk merawat jangkitan tertentu.
  5. Patuhi keputusan dan nasihat doktor APABILA doktor memutuskan anda tidak memerlukan antibiotik.
  6. Amalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran jangkitan.



    p/s : bersambung...saya ada cara yang lebih selamat utk pulih dari jangkita bakteria/virus..malah,cara saya ternyata lebih mendatangkan banyak manfaat berbanding rawatn antibiotik/antiviral. tak percaya? meh sini saya ceritakan.SMS/WhatsApp ke 013-70938352.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...