Pages - Menu

Jom Brainwash Otak!

Entry saje2 ni di tulis pada 2 February jam 4.44am..sangat sudah lama x update blog dr sini.selalaunya hanya update dr blog lag satu yg guna platform WordPress..anyway,sangat3 masih sayangkan blog ni.

Sejak berlaku curang pd blog ni,sangat banyak perubahan yg berlaku ke atas diri saya.baru je semalam,saya sharekan kisah Januari nan indah.pembukaan tahun 2014 yg penuh kegembiraan dan penuh dengan rezeki yg tak disangka2 oleh ALLAH.ALHAMDULILLAH.

Pagi2 buta ni sy nk refresh balik pasal kolam jiwa yg sy pelajari di IMKK,kelas DAO yg kebabom tu! .Hati ni kita ibarat satu kolam.Kolam inilah umpama satu magnet,umpama tarikan yg sangat hebat jika ia jernih dan luas.Apa2 je boleh ditarik oleh kolam kita.kekayaan,kejayaan,kebahagiaan.dengan syarat,kolam mesti jernih,bersih dan luas la.Soalnya sekarang,kebanyakan dr kita,kolam nya berkeladak.dah lah berkeladak,sempit lak tu.ikan pon mati kalau dicampak ke kolam kita.hehehe...gurau jer.



Sekarang kita fokus cara nk bersihkan kolam kita tu.kita kene brainwash pemikiran kita.Antara cara2 yg di ajar ialah :

1- Syukur - bangun pagi,bersyukur banyak2 pd ALLAH.Prof Muhaya cadangkan kita tulis 10 nikmat yg kita dapat semalam apabila kita bangun tido.

2- Sujud - Solat 5 waktu jangan tinggal.lagi banyak kita sujud,lg banyak kotor2 dalam kolam kita bersihkan.tambah Solat Sunat Dhuha,Solat Taubat sebelum tido,Tahajjud di sepertiga malam.

3- Istighfar - buat 100x sehari selepas Subuh.

4- Selawat - 1000x kali sehari. tak susah pon kalau sentiasa amal.cari tasbih digital,senang skit nk count.sambil2 drive,sambil buat kerja bole selawat



5- Sedekah  - sedekah yg paling berkat adalah apabila tengah susah.jangan pulak x sedekah bila senang.istiqamah setiap hari.sedekah lah walopun sikit daripada tak sedekah langsung.

Cukup la 5 tu.kalau nk tahu lebih2 atau nk kene kaw2 punya brainwash pegi la IMKK,Mac nanti.Alhamdulillah,saya yang dah kene brainwash ni rasa nk kene brainwash lagi.

****************************************************************
Kepakaran saya ialah membantu ibu2 yg sedih,takut dan stress apabila anak demam panas,selsema atau batuk yg selalu mengakibatkan kecacatan otak,epilepsi dan jangkitan kronik tanpa ubat ubatan berbahaya.,

Aishah 013-709 8352

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...