Pages - Menu

5 Tips fokus matlamat

Ramai orang mempunyai matlamat yang besar, pada waktu yang sama tidak dapat merealisasikan matlamat ini kerana kekurangan FOKUS diri. Bagi membantu, di sini saya berkongsikan “5 Tips Fokus Matlamat” secara asas.







1) Berhenti Dari Berfikir “TAKUT”

Berfikir ketakutan bukanlah satu pemikiran yang positif. Ketakutan hanyalah mainan fikiran, kenapa perlu kita takut sedangkan perkara itu belum lagi terjadi? Fikiran takut akan menjadikan kita ragu-ragu dan tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara. Tukarkan fikiran takut dengan fikiran “ingin tahu”.



2) Tetapkan Matlamat Dan Pelan Tindakan

Matlamat yang jelas dan terperinci maklumatnya merupakan matlamat yang serius. Lagi terperinci maklumatnya lagi mudah untuk kita membina pelan tindakan ke atasnya. Pelan tindakan haruslah mempunyai tarikh bermula dan tarikh sasaran untuk mencapainya. Pastikan kesemua ini ditulis di atas kertas dan dibaca sekerap mungkin sebagai tanda peringatan diri.


3) Tumpukan Pada Satu Matlamat Dahulu

Jangan bertindak ke atas semua matlamat yang ada dengan serentak! Kita pasti tak mampu menanginya dan ini akan mengakibatkan kita cepat putus asa. Tumpukan pada satu-satu matlamat dahulu, berikan sepenuh tenaga ke atas matlamat ini sehingga berjaya. Setelah berjaya, mula beralih ke matlamat seterusnya. Pelan tindakan mestilah di lakukan secara berperingkat agar kita dapat memberi fokus 100% keatasnya.


4) Jadikan Pelan Tindakan Menyeronokkan

Jangan berasa beban dengan tugasan yang hendak dilakukan, tukarkan ia menjadi perkara yang menyeronokkan diri. Anggap ia sebagai satu permainan, jika gagal cuba lagi. Tukar strategi dan berusaha lagi. Tiada istilah gagal dalam kamus kehidupan, ini merupakan satu Proses Kejayaan!




5) Beri Ganjaran Kepada Diri Sendiri

Sentiasa menetapkan satu ganjaran yang boleh membuatkan kita berasa ghairah dalam melakukan pelan tindakan. Ganjaran akan memberi kita semangat tambahan untuk meneruskan cabaran mengejar impian yang telah ditetapkan.









Di harap 5 tips fokus matlamat dapat memberi pendedahan kepada diri kita untuk merangka pelan kehidupan kita pada tahun 2014 ini.

******************************
Kepakaran saya ialah membantu ibu2 menyelamatkan nyawa anak2 dr kematian atau setidak2nya mengelakkan kecacatan otak, sawan tarik, jangkitan kuman merbahaya yg hanya disebabkan oleh demam panas, batuk atau selsema dengan cara yg sangat mudah hibggakan anak2 tidak sedar yang mereka sedang kebal dari dalam.

Aishah 013-709 8352 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...