Pages - Menu

Tak suka kerja?

         Hari-hari kita pergi kerja,kan.bosan tak?tanpa kita sedari kita ni banyak komplen pasal kerja kita.kenapa aku seorang  MLT?knp aku seorang operator pengeluaran?aku nak jadi doktor.aku nak jadi arkitek.Adakah kita ,menghargai pekerjaan kita?adakah kita dipandang tinggi jika kita bekerja dalam golongan profesional? betul tak?hmmm



      Kita mungkin tidak dipandang tinggi di kalangan manusia hanya dengan kerja sebagai seorang MLT,seorang pekerja kilang,seorang peniaga pasar tapi,kita dipandang tinggi disisi Allah jika kita buat kerja dengan redha,ikhlas dan kita jadikan pekerjaan kita tu sebagai ibadah kepada Allah.Ada orang,dah keje besar,gaji besar tapi asyik tak tak puas hati je,asyik susah hati je,asyik tak cukup duit jer..Cemana tuh???

     Jom kita perhati kehidupan seharian kita.asyik tergopoh2 nak keluar bekerja.ada yang kadang-kadang tak sempat solat Subuh sebab takut lewat sampai,takut punch card merah,takut boss marah,takot gaji kene potong.Tapi tak solat subuh,tak takut plak Allah murka.sedangkan kita tahu Allah adalah Big Boss kita.Allah yang kita sembah.bahagia atau derita kita akhirat kelak adalah dengan izin Allah.

    Bermula dari perjalanan ke tempat kerja,kita tak sempat Solat Subuh,tak sempat berdoa utk memulakan perjalanan,kita maki hamun orang yang sebabkan jam,marah2 dengan mat motor yg cilok2.Bila mana kita mulakan hari kita dgn benda tak baik,dengar lagu yg bawa ke maksiatan,bila kita sampai ke tempat kerja,bukan dengan rahmat Allah tapi dengan celaan Allah sebab kita telah langgar perintah Allah.Makanya,gaji yang kita peroleh itu tidak berkat.Sebab tu lah asyik tak cukup je gaji kita tu.
anak2 dan isteri/suami nanti hati keras,tidak cerdik,selalu sakit.Pernahkah kita teliti perkara ni?

     Bagaimana kita hargai pekerjaan kita?Ada sedekah tak pada yang lebih susah?Adakah kita kita bersyukur dengan rezeki yang Allah turunkan? Bukan setakat tu je,kita tahu kan perkataan,pergerakan kita dalam pekerjaan adalah ibadah.jadi,kita kenelah ingat pada Allah.At least,Bismillahirrahmanirrahim..lebih afdhal lagi,berdoa atau niatkan.contoh,jika kita bekerja sebagai pembancuh teh,sambil2 bancuh air tu,kita boleh niatkan.."Ya Allah,redhalah bancuhan air ku ini,Ya Allah,aku hilangkan haus orang maka Kau hilangkanlah hausku di akhirat kelak".Masya-Allah,dengan doa seringkas tu sahaja akan menjamin syurga utk kita.Subhanallah.

     Hargai sungguh2 pekerjaan kita.bersyukur dan redha.janganlah mengeluh,kondem,kutuk tp ahkir bulan kita ambil gaji,makan dengan tu.adoi...tak berkat tau.setakat ni jelah motivasi.Oh ya,kalau nk baca motivasi lain pasal pekerjaan,boleh baca entry bertajuk Salah Siapa  KLIK DISINI.

Entry ni diekstrak dari motivasi pagi IKIM.takde kopipes punya.

Sekadar peringatan utk diri sendiri,salam sayang.

Sakit2 badan2?Migrain?Selalu letih?Berpantang?Hamil?Berpenyakit kronik?Menyusukan aSyu Snak?
Dapatkan supplement semulajadi dari saya.100% berkesan,100% semulajadi.100% selamat.
Nak jana side income pun boleh,Jom sertai saya!

                                                                   ♥ Fb : Aishah Ahmad
♥ Shaklee ID : 837648
♥ Emel :adamayub84@gmail.com
♥ SMS/whatsapp : 013-7098352
♥ Free consultation for every purchase


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...