BEZA MINDA KAYA vs MINDA MISKIN
Minda miskin tak semestinya dimiliki golongan miskin
sahaja.. Kadang kala ada juga golongan pertengan atau kaya warisan yang
memiliki minda miskin. Cuba check.. mana tahu anda pun tergolong dalam golongan
orang minda miskin
-----------------------------------------------------
Ini adalah 17 perbezaan sikap & cara pemikiran ORANG
KAYA berbanding ORANG MISKIN. Ianya dipetik dari buku "Secrets Of The
Millionaire Mind" karangan T. Harv Eker.
Saya amat mencadangkan anda membaca buku ini jika anda
benar-benar "komited" untuk menjadi kaya.
1. Orang kaya percaya: "Saya menentukan hidup
saya." Orang miskin percaya : "Kehidupan saya sudah ditentukan, saya
tidak boleh buat apa-apa."
2. Orang kaya berusaha untuk menang/berjaya. Orang miskin
berusaha untuk tidak kalah/tidak gagal.
3. Orang kaya komited dan berusaha sungguh-sungguh untuk
menjadi kaya. Orang miskin hanya 'mahu' menjadi kaya.
4. Orang kaya berfikir besar. Orang miskin berfikir
kecil-kecilan.
5. Orang kaya memberi tumpuan kepada peluang. Orang miskin
fokus kepada halangan.
6. Orang kaya mengagumi orang lain yang kaya & berjaya.
Orang miskin membenci orang kaya & berjaya, dan menganggap mereka adalah
golongan yang jahat, menipu, sombong dan sebagainya.
7. Orang kaya bergaul dengan orang yang positif dan berjaya.
Orang miskin bergaul dengan orang yang negatif atau yang gagal/tidak berjaya.
8. Orang kaya bersedia untuk mempromosikan diri mereka dan
kelebihan diri mereka. Orang miskin berfikir negatif tentang jualan dan
promosi.
9. Orang kaya menganggap diri mereka lebih besar daripada
masalah yang dihadapi. Orang miskin pula, menganggap diri mereka adalah lebih
kecil daripada masalah mereka.
10. Orang kaya sentiasa rasa bersyukur dan sering berterima
kasih. Orang miskin selalu lupa/kurang bersyukur dan lupa/kurang berterima
kasih.
11. Orang kaya memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan
result/hasil. Orang miskin memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan masa.
12. Orang kaya berfikir "kedua-duanya". Contoh..
saya boleh kaya DAN beriman. Orang miskin berfikir "sama ada / atau".
Contoh, mesti pilih antara kaya ATAU beriman!
13. Orang kaya fokus pada jumlah nilai bersih mereka
(aset-liabiliti = nilai bersih). Orang miskin memberi tumpuan kepada jumlah gaji
mereka.
14. Orang kaya menguruskan wang mereka dengan baik. Orang
miskin tidak ambil kisah tentang pengurusan wang mereka.
15. Orang kaya memastikan wang mereka bekerja keras untuk
mereka. Orang miskin bekerja keras untuk mendapatkan wang.
16. Orang kaya bertindak walaupun takut. Orang miskin
membiarkan ketakutan menghalang mereka.
17. Orang kaya sentiasa belajar dan mengembangkan ilmu.
Orang miskin fikir mereka sudah tahu semuanya.
Cuba ubah pemikiran kita, insyallah kehidupan kita akan
menjadi lebih mudah, lancar, kaya dan bahagia.
Perkongsian tanpa batasan
Aishah
013-709 8352