Pages - Menu

Info DAHSYAT susuibu

  Umum telah tahu yang susuibu adalah makanan paling unggul utk bayi di bawah usia 6 bulan.Hanya susuibu yang bayi perlukan tanpa sebarang tambahan air ataupun makanan pejal lain.Tahukah anda kenapa susuibu dianggap unggul?

   Sy amat faham yang susuibu adalah spesis spesifik.ia spesifik dengan ibunya.jika anak tikus,susu tikus adalah spesifik utk anak tikus dan jika kanggaru,susu kanggaru hanyalah untuk anak kanggaru.Malah,ikan paus jugak menyusukan anak mereka sendiri.takde sibuk2 nak susukan anak ikan emas..ekekekeke



   Dalam pembacaan saya baru2 ni.saya telah temui yang hakikat sebenar susuibu.bukan sahaja spesifik kepada spesisnya sendiri.malah,setiap titisan susu yang terhasil dari induk/ibu adalah spesifik utk bayinya sahaja.contoh,saya,Aishah.susu saya adalah spesifik utk zuriat yang saya kandungi sendiri selama 9 bulan 10 hari,iaitu Adam dan Ayub.

TAHUKAH ANDA???  Kandungan asid lemak adalah unik bagi setiap ibu,begitu juga dengan unsur surih...hhmm...keunggulan susuibu lebih nyata apabila kita mengambil kira mekanisme sel bagi sintesis dan perembesan berbagai2 juzuknya.berbagai2 organel dalam sel terlibat dalam pembentukan dan perembesan susuibu..hhmm...x jumpa lagi ni apa yg menyebabkab setiap susu hanya spesifik utk anak yg dikandungnya..baca lagi...

Setiap organel di atas punyai tugas2 tertentu dalam pembentukan susuibu


   bla bla bla bla....Bahan mentah bagi sintesis susu berasal daripada tubuh ibu,sama ada bahan yang diedarkan dalam darah,misalnya asid amino,atau sebagai hasil yang tersimpan dalam tisu ibu; misalnya lemak!Akhirnya kesemua bahan2 tersebut diperoleh drpd diet ibu tersebut.dengan demikian,saling TINDAKAN KANDUNGAN GENETIK IBU dan persekitarannya menyediakan bahan mentah bagi sintesis susu.SUBHANALLAH! but wait! ada info menakjubkan lagi ni...baca lagi..

   penyediaan bahan mentah ini dilakukan melalui cara yang DITENTUKAN OLEH KOD GENETIK di dalam nukleus sel alveolus.Oleh itu,dari segi biologi,susuibu adalah paling sesuai bagi satu2nya aktiviti metabolisme tisu bayi.SUBHANALLAH..padanlah Islam amat menitikberatkan pemilihan ibu susuan.kod genetik amek peranan jugak rupanya.patutlah ada statement dr IBCLC - "setiap pasangan ibu dan anak menyusu adalah UNIK"

kalau ada susuibu 'sesat',boleh x kita wat ujian DNA utk cari susu siapa ek?


  Antara trivia lain yg amat menarik ialah
  • Terdapat bukti eksperimen yg menunjukkan  bahawa antibodi E.coli di dalam susuibu adalah khusus terhadap E.coli yang terdapat di dalam salur makanan ibu!  - sy nk cuba wat eksperimen ni -
Kalau nk diolah satu persatu  dahsyatnya susuibu ni memang berhenti kerjalah saya.takkan habis cerita.cukuplah buat waktu ini.lain kali saya akan share lagi apa yang dahsyatnya susuibu.x moh cerita yang dah biasa2 kita dengar.kita cari yang x pernah didengar..Nak? hehe

Entry ni saya ekstrak dari buku klasik Nutrition In Mother and Child Health.no kopipes punya!

salam sayang..share jika bermanfaat.

♥♥♥kepada yg berminat utk dapatkan produk Shaklee, supplement semulajadi, boleh contact sy di 013-7098352.♥♥♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...