Alhamdulillah..selesai sudah semua kerja yang dipertanggungjawabkan hari ini.Walaupun hari Ahad,saya mesti bekerja lebih masa.penat,jangan cakaplah...Allah saje yang tahu,tapi nasib baik ada supplement2 kesayangan saya tu.so taklah melepek di hujung hari.tapi fitrah manusia,nak jugak rehat kan..nak upah diri sendiri yang dah kuat bekerja sepanjang hari.
Berbalik pada kerja lebih masa pada hujung minggu.Sepatutnya hujung minggu adalah hari untuk kita berehat2 dengan anak2,dengan keluarga.waktu2 ni lah nak tonton filem togetgergether..hehe..nak masak yg special ke..nak cuci segala macam cadar ke,sarung kusyen ke,soft toy anak2 ke,nak bawa ana
Tk2 bersantai.paling tidak pun,ke taman permainan.tapi kalau dah kerja pagi,baliknya malam,ada masa ke nak buat semua perkara tu?
Seikhlas hati,saya mengaku yang saya amat tidak suka kerja di hujung minggu.saya tak suka.sibuk sepanjang masa.berkejar sentiasa.jalan macam berlari.makan macam pelahap.sembahyang laju2.(Astaghfirullah Azim)..skip pumping..kejarkan kerja punya pasal.Selalu merungut,membebel,sumpah seranah.
." Abende lah banyak sangat sample ni???"
" ish..hantar hari lain tak boleh ke?nak hantar hari minggu jugak!"
" Apalah nasib kerja minggu ni..dah lah bnayak kerja,kuman pelik2 pulak yg tumbuh "
..Astaghfirullahal Azim.berdosa kan,saya..ya,sangat berdosa.
Apabila berada dalam keadaan macam ni,kan.lazimnya manusia akan menyalahkan sesuatu atau seseorang sebagai punca keadaan ini.contohnya,dalam keadaan saya yang tak suka kerja di hujung minggu..salah siapa?
salah pesakit?
" kenapa pesakit tak sakit hari bekerja?kenapa mesti sakit pada hari minggu?'
atau,salah boss?
" kenapa boss suruh aku kerja hari minggu?tak boleh ke tutup je lab hari minggu?"
atau salah kawan2?
" kenapa lah si Polan tu tak nak buat OT sabtu ahad? aku pulak yg jadi mangsa"
atau salah doktor di wad?
"kenapalah doktor ni ambil sample hari minggu?tak boleh ke amek hari bekerja aje?"
atau.....nak salahkan ibu yang mengandung??? ( Nauzubillah)
atau...
SALAH DIRI SENDIRI????
ye,salah diri sendiri.
"kenapa nak keje sebagai Lab Tech?kenapa nak keje kt hospital besar?kenapa nak ambil Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan"
semua jawapan kepada soalan2 ni ada pada diri kita sendiri.hanya diri kita yang dapat jawab soalan ni.
jika jawapan saya berbunyi begini.
"sebab aku suka kerja ni" - so,kenapa mesti mengeluh???
" sebab aku nak duit lebih" - so,bukan ke kalau nak duit lebih,kerja pun kene lebih?
" sebab aku nk keje gomen" - kan dah dapat keje gomen..apa yang tak puas hati lagi? ke,nak keje dgn gomen negara lain.Indonesia ke?
dan jika jawapan saya
" dah nasib...nak buat macam mana?" - ha...tu dia..akhirnya..nasib yang dipersalahkan..pernah dengar tak?
"Allah takkan mengubah nasib manusia,melainkan manusia mengubah nasib mereka sendiri ". mesti pernah dengar,kan....jadi??? kenapa tak ubah nasib diri sendiri? usahalah untuk mengubah nasib yang kita tak suka ni...
Itulah ia serba sedikit pasal sikap kita.moh lah kita bersemangat dlm bekerja kerana kerja adalah ibadah.niatkan apa sahaja yg kita buat kerana ALLAH.Mulakan tugasan dgn Bismillahirrahmanirrahim.Berdoa agar dipermudahkan urusan seharian.Insya-Allah, tugasan kita akan berjalan lancar.jika pun ada masalah, percayalah..hati kita akan tenang menghadapinya.
Sekadar peringatan utk diri sendiri.....Salam sayang..